Tuesday 20 February 2018

BUSINESS cum SHORT VACATION

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di hari Selasa yang bakal berlabuh tirai untuk Februari 2018, lebih kurang 9 hari jer lagi. Sungguh cepat rasa masa berlalu. 

Alhamdulillah. Back to back appointment lepas balik dari Seminar SM/SSM, 24 Januari 2018. Banyak sangat input-input yang dapat as usahawan online. Berbangga, Miza sebahagian G8 Unity team. 😍

Okey, hari Ahad lepas (19 February 2018) Miza ada business meeting di Melaka. Nak dijadikan cerita, kebetulan husband pun off. Miza ingat husband dan anak nak stay jer kat rumah, tak sangka pulak memansing nak ikut sekali ke Melaka. So, Miza pun deal dengan partner, jumpa di AEON Bandaraya Melaka. 

Kenapa Miza pilih AEON? Sebab dekat situ, ada Kidzoona dan tempat makan-makan best. 2 in 1 kan. 😉 Sebenarnya, Miza tiba-tiba teringin nak makan Asam Laksa dekat Old Town. Tapi, full sangat dekat Old Town. So, kami pun ubah tempat ke Hailam Village. Siap tengok dulu, ada laksa tak? Haha..

Muka excited makan Traditional Laksa Melaka.
Muka excited makan Traditional Laksa Melaka.


Walaupun laksa berlemak, tapi, disebabkan terlalu teringin punya pasal, dan perut lapar sebenarnya sebab terpaksa tempuh jammed. Habis jugak semangkuk. Ha-ha.

 Khusyuk siapkan task depan mentor. 😆

Sebelum nie, Miza dengan Wani Idris belajar sesama di POLIMAS, Jitra, Kedah. Kami selalu dekan sesama. So, dialah saingan terdekat Miza zaman belajar dulu. Hehe. Tak sangka, bila memasing dah kahwin, ada anak sorang. Memasing dikurniakan seorang anak lelaki dan sekarang berusia 3 tahun. Sekarang, kami  berganding bersama untuk menambahkan sumber ekonomi keluarga. 

Wani Idris masih bekerja di kilang area Melaka. 7 tahun beliau dah kerja. Tapi, dalam sebulan, tak pernah lagi merasa income 5 angka masuk dalam pay slip. So, dengan platform G8 Unity business, Miza cuba tunjukkan jalan dengan masa hanya 2-5 tahun untuk kita genggam income besar. Agak-agak, kalau di usia 35 tahun nanti, income RM20,000 masuk sambil jaga anak sepenuh masa dekat rumah, best tak? Umur kita semakin hari, semakin tua. Kudrat pun bukan semakin kuat. Iye tak? So, planning daripada sekarang sangatlah penting.




Untuk newbie, Miza ajar cara basic dulu. Dah boleh follow, baru kita ke step seterusnya. Tak boleh push ke higher. Nanti meletup pulak kepala si Wani Idris nie. Hehe. Btw, thanks pilih Miza as your mentor and G8 Unity, The Diamond Circle as your team. 


Kesayangan kami berdua. Amsyar Rifqi dan Thaqif Amsyar.

Lepas habis meeting, terus jumpa kesayangan kami nie. Yang unplanned nya, husband Miza excited nak naik Menara Taming Sari. Sebab apa? Sebab selalu kami datang Melaka, mesti tak berpeluang nak naik, dah CLOSE. Sedih kan. Hehe.

So, kitaorang pun deal nak pergi A'Famosa. Sebelum tue, haruslah nak dinner dulu. Orang Melaka, bawak Miza pergi makan dekat Wong Solo. Makanan Indonesia. 





Tak sangka pulak kedai nie pernah keluar di rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Glamerr jugak ler. Mesti sedap kan. Rupa-rupanya, lepas makanan sampai, memang sedap pun. Terbaik. Tambah-tambah pulak, sambal dia. Licin suami Miza makan. Hehe.




Perut dah kenyang, apa lagi, gigih beratur di Kaunter Taming Sari. Ramai jugak yang nak naik waktu hujung minggu nie kan.

Harga Tiket with My Card
Dewasa : RM17
Kanak-kanak : RM11
(Below 2 years, FREE)
**FREE Mineral Water/ticket




Owhh ya. Ada perkhidmatan sewa teropong sekali, RM5. Boleh lah kalau nak teropong keindahan bandaraya Melaka memalam, sesuai sewa. Tapi, anak Miza dia teropong waktu dekat bawah jer. Masa naik atas, kaku seribu bahasa. Gayat macam ibu dia jugak kot. Ha-ha.




Miza, bila waktu naik tue, tetiba terus nak cari asam. Pening. Memang nervous gila rasanya. Kemain tau, diorang gelak sepanjang 7 minit tue. Sorang kaki sejuk, sorang nak terkencing. Anak-anak jugak cool. Diam jer. Haha.

view from sky taming sari


Keindahan malam di Melaka. Miza ada buat LIVE di facebook Miza. Nama facebook, Ramizah Rahman. So, kalau korang nak tengok, guna #mykindasunday 




Kali kedua naik beca. Waktu first naik, di Melaka jugak. Tahun lepas tak silap. Waktu tue, baru pindah ke Port Dickson. So, makan angin dekat Melaka pun rasa syokk habis. Hehe. Kenapa pilih Frozen? Anak Miza memang suka frozen. Suka macam kekakak dia. Bagi aweks, confirm suka. Hehe.




Destinasi terakhir sebelum balik. Gigih lagi pusing UP TOWN. Bukan tak pernah pergi UP TOWN kat KL. Tapi, saja nak tengok UP TOWN dekat tempat orang. This is MELAKA yo!

Taraa..muka malam. Rasanya, pukul 1am baru kami balik. Itupun, sebab husband Wani Idris nak kerja. Kalau dia pun cuti, rasanya langkah kami panjang lagi. Haha. 

Itulah, sedikit rentetan hari Ahad Miza. Nie semua unplanned. Bila sebut jer naik Taming Sari, ON. Nak naik beca, ON. Nak pergi Up Town, ON. Duit jangan cakap, mengalir macam air. Tapi, tak pelah. Sekali-sekala ke Melaka. Kebetulan, 2 family bergabung. Memang menjadi betul lah. 

Sekarang, Miza dah ada partner di Melaka. Anyone, interested be my next partner atau nak pakai Premium Beautiful, just let me know. 

Ramizah Rahman
Skuad PB Expert

No comments:

Post a Comment