Friday 5 July 2019

KISAH HARI RABU MIZA


Assalamualaikum. Haa...ramai jugak ternanti-nanti Kisah Hari Rabu Miza kan. Actually, Miza pun dah excited nak cerita apa yang berlaku hari Rabu baru-baru nie. Tapi...disebabkan connection problem. Hasrat ku berlalu begitu saja. Chewahhhhh..hee..

Hari Khamis plakk, tengah panasss dengan story Belia dan Warga Emas. So..2 bulan lagi, Miza dah digelar Warga Emas laa ehh. Ihiksss.. (Half price for ETS. Kihkih..)

Akhirnya..bertemu laa kita di hari Jumaat yang barakah dengan cerita suspen Miza. :p



Cerita nyaa..bermula lah selangkah Miza keluar dari rumah. As usual, dengan lafaz Bismillah diiringi doa Qursi. Memang niat, "Sahaja aku keluar hari nie, untuk mencari rezeki untuk diriku dan anak." Memang niat yang baik-baik. Rushing tue tidak kali nie sebab memang plan baeeekkk punya lah ikut schedule. Haha...

Perkara yang baik-baik pun berlaku ;

-Di stesen minyak. Yang sebelum nie, Miza terpaksa turun bayar dan isi sendiri. But, Miza rasa bersyukur sesangat sebab uncle nie tetiba datang kat Miza untuk tolong isikan minyak. Tak sure lahh sebab dia nampak Miza dengan anak jer kan. Sebab nya, orang lain, semua kena isi sendiri. (Apa yang Miza nampak lah.)


Then, sampai lahh kami 2 beranak di lubuk rezeki. Stokis SHOM. Panas punggung kalo Min Kaffe, kopi premium nie habis stok kat rumah. Uhuuu...

So, restock terus 10 kotak Min Kaffe. Sekarang, tinggal 4 kotak Min Kaffe dah. Larisss macam ayam goreng panas pun ado kan.

Kat stokis pun, Miza sangat lucky sebab orang stokis sangat helpfull. Sebelum nie pun, dah sangat membantu. Tapiii..hari Rabu lepas, buat hati Miza rasa touch. 

Hati Miza sensitif or macam mana ekk...? 


My great PA. Nampak tak muka gigih tue. Disebabkan dah buat Ibu terharu dan sangat good boy , Miza dah gtau nak belanja buku for him. Ya lahh..sebab bila Miza masuk office kat rumah, dia pun menempek kat sebelah nak menulis. Terpaksa lahh Miza buat dot dot 123 untuk dia sambungkan. So, memang dah niat, nak cari buku for him.


Taraaa...lepas settle semua kerja, sementara tunggu waktu Maghrib, Miza bawak Kapten MAR ke Big Bad Wolf di Mydin Seremban 2. 

Yang nie, Miza rushing. Sebab nya...bertambah seorang client untuk delivery di Port Dickson. Tapi...harus letak Syukur no.1. So, schedule berubah. :)

Ingat biasa-biasa jer memilih buku kat sini. Tapi....Ya Allah. Miza plak teruja. Tapi..teruja dalam keadaan rushing, tak sempat explore habis. Scan sepintas lalu, Miza suka-Kapten MAR suka, ambil. Eheee..

Btw, happy sebab terserlah keterujaan Kapten MAR dapat buku baru. In shaa Allah..next time, kalo masih sempat, kita sambung shopping lagi okey. :)


Actually, korang jangan tak tahu, dalam gap waktu petang tue, sempat Miza touch touch magnet rezeki dengan mentor business Miza, CDM Ain Zulkarnaind. 

Yang nie pun dipermudahkan. Dapat jumpa ON Time sebelum memasing settle kan urusan delivery memasing. Macam korang kenal Miza, mula lahh...mulut bertih jagung nie berbicara. Non-stop. Kahkah. Tapii..puas. Banyakk gilerr tips dapat dari mentor kesayangan nie. 

Lappp u lahhh.. :)


This is my good news! Good news yang kesinambungan nyaa dari Miza siap-siap nak keluar, waktu petang sampai lahh setiba nya Miza balik malam di rumah. Full guidance Miza cuba bagi untuk Kak Azira. Alhamdulillah..Kak Azira seorang yang fast leaner. Apa Miza inform, cepatt jer beliau buat.

Syabas kak. :) Niat nak membantu orang sekeliling tue, No.1.


Gambar terakhir berbicara. Ehhh..Miza tak share lagi apa yang berlaku waktu Miza delivery kan. Kihkih..

Ok lahh. Cenggini. Miza deal dengan sorang client nie. First time, husband Miza yang tolong delivery kan. So, untuk repeat order nie, dia gtau akan ada "anak buah" yang tolong ambilkan barang.

Dalam kepala Miza, Miza fikir, anak buah = anak sedara. Kecil dan masih bersekolah.

Sekali jumpa dengan "anak buah" nie, haaa...

Anak buah nie tanya, "Barang untuk ...... (nama client) ya..?"

Gulppp..Miza terkaku jap. Nie bukan anak buah = anak sedara daa. Anak buah dalam kontinjen daaa. Uhuuu. Sabau jer lahh kan. Salah paham pulekkss. Uhukkss.

Ini lah sedikit coretan panjang "Kisah Hari Rabu Miza'. Nak cerita kat pesbuk, panjang nau. Kita cerita kat sini, lagi best kan. Details Miza ceritakan, Haha..

Thanks ya semua. :)

Okey lah. Esok, Miza nak ke Seremban 2 untuk delivery. Yang mana masih tercari-cari Premium Beautiful 50%, wasap Miza cecepat ekk. Ada set trial untuk korang cuba.


Kalau serasi, boleh ler pakai terus. Best kan..?

RAMIZAH RAHMAN
011-37897488











No comments:

Post a Comment