Sunday 5 January 2020

CHICKEN CHOP RM 6

Weekend nie lebih indah kalo pergi JJCM dengan family kan. Haaa...entry kali nie, Miza war-warkan kedai Western yang menjadi pilihan Miza sekeluarga. Actually, tempat nie Miza pernah gather dengan Ex-Polimas. Tahun 2017 tak silap. Waktu tue, Miza masih baru di Port Dickson. So, nak ke Seremban pun terasa jauh. Hehe....

Now, di tahun 2020, Seremban lah tempat selalu Miza jumpa client Premium Beautiful, Min Kaffe, Shake Me Cocoa, BV Alfalfa, Garlic Tablet. Ehhh...banyak lagi diorang contact Miza untuk dapatkan hot product for healthy. Alhamdulilllah...



Okey. Kedai nie, area Seremban 2. Dekatt jer dengan Mc Donalds Seremban 2. Sambil makan, boleh menikmati keindahan malam Seremban. Tenang jerrr. Tak ler sesesak Key Ell. Hehe..




Kalo nak waze, boleh jer search nie :

KING GRILL STEAK HOUSE

No. 158-G, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.

Buka setiap hari : 3.00 petang - 12.00 malam





Antara menu yang ada di KING GRILL STEAK HOUSE. Kali nie, Miza dan husband cuba Yee Mee Sizzling dan Golden Mushroom Chicken Chop. Haaa..nie berita terbaik Miza nak kongsi dengan korang. Sekarang, harga Chicken Chop hanya RM6 sahaja. Macam suami Miza order Golden Mushroom Chicken Chop, hanya RM 6.50. Harga asal, RM 9.90 kan. Dah jimat RM 3.40. :)

Miza pun tak sure promosi nie sampai bila. So, kalo cuti Tahun Baru Cina nie korang ada ke Seremban, jemputlah singgah KING GRILL STEAK HOUSE. Memang korang akan keluar kedai dengan penuh senyuman. Selera kena dengan tekak. :)




Dok teringin lama dah nak order sizzling. So, kali nie, Miza cuba Yee Mee Sizzling. Pada Miza, banyak okey. Kongsi makan dengan suami jerr sebab waktu nie, anak dah tido. Kalo tak, selalu kongsi dengan dia jerr. 


Serius sedap. Thumbs up..




Tadaaaa..nie laa Golden Mushroom Chicken Chop. Hanya RM 6.50. Kalo Chicken Chop biasa, RM 6 jerr. Makan sampai jilat sudu ler. Jarang Miza tengok husband Miza makan licin pinggan. Clean and clear. Kira sedap ler tue kan. 




Menu air menjadi pilihan kami berdua, Sirap Bandung Laici dan Teh O Ais.

Lebih 5 kali Miza datang makan kat sini. Alhamdulillah. Sangat berpuas hati dengan service yang cepat dan mesra pelanggan. Makanan pun kena dengan tekak. Miza sangat recommend untuk pencinta western. 

Hidangan dan harga amat berbaloi. Terbaik.

No comments:

Post a Comment