Sunday, 23 February 2020

MIENT'S BURGER PORT DICKSON

Kalo orang mai jalan-jalan kat Port Dickson nie, mesti orang akan tanya, "Kat mana tempat makan sedap ekk..?" Haa..kekadang, boleh jadi soalan cepumas gak tue. Sebabnya...risau kedai tutup bila nak pergi. Hehe. Pernah terjadi bila nak bawak family. Family besar pulak tue. Sekali...jemm kepala otak bila semua kedai dalam check list tutup. Huhuahua. Menangis sambil ketawa weyhhh.

Semua menjadi kenangan Ogos 2019. :)

So, dalam entry kali nie Miza bawak korang ke kedai pemesss di Port Dickson. Kedai burger tapi ada macam-macam menu jugak. Cuma, waktu Miza pergi nie memang tekak nak makan burger. So, burger lahh yang kita order. :)


Kedai Mient's Burger nie betul-betul sebelah stesen minyak Petron.



Order time. 

Bila sampai, korang kena panggil waitress untuk diorang hantar menu dan list order. Waitress tak kan tunggu kat situ. So, boleh laa korang nak memikir berapa lama korang nak untuk decided makan apa. Haha...



Miza suka konsep macam nie sebab kekadang nak telaah semua menu. End up, ikut selera anak jugekk. Haha..Almaklumlah, ada anak nie, Miza ikut selera dia jer. Tiada konsep pembaziran kat sini. Sebab tue Miza susah nak habis makanan kalo Miza makan sensorang. Sebabnya..dah biasa kongsi dengan anak. Gituuu.... :)





Pergi makan kat mana-mana jer, mesti Miza bawak air BV Alfalfa nie. Suami dengan anak pun dok tumpang jugak kalo diorang nak air masak. Kan dah jadi penyelamat di sini. Ngeee...


Mient's Crispy Chick N Cheese - RM 16.90


Mient's Beef Burger - RM 18.90



Milo Ais - RM 2.80
Teh O Ais - RM 1.80



Memula, kami pilih makan kat meja luar. Elok jer lepas order, hujan rahmat turun. So, dapat laa kami kat meja dalam dan dapat tengok kreativiti di dinding Mient's Burger. 

Kapten MAR nampak berminat sangat dengan abstrak nie. Tambah pulak warna kuning kan. So..indah mata memandang. :)


Haa...elok tengah makan, Kapten MAR jumpa awekss kat belakang. Tapi, Kapten MAR panggil baby ler ye. Dia memang suka dengan baby. :) Alhamdulillah...

Terus kenyang laa Kapten MAR. Dia main cak cak, nyanyi lagu kat baby. Baby tue pun nyariss nak turun baby chair dah laa. Kapten MAR owhh Kapten MAR. Penangan tue. Haha...






Kalo makan sampai jilat jari tue maknanya..sedap sangat laa kan. Haha...

Apa yang Miza boleh cakap, korang yang cuba makan kat Mient's Burger nie, serius berbaloi. Memang sengkak perut dibuanya. Sos dia, sos mahal. Nie, review dari suami Miza. Dia terer sikit bab review nie. Miza nie, tak sehebat dia ler. Ngeee... 

Service cepat. Pelayan mesra. Kalo dah terlalu lapar giler-giler, boleh pergi kat Mient's Burger. Cuba sekali, pasti tak menyesal. 




Resit simpan sini buat kenangan. Dah sebulan, baru sempat buat review,. Hehe..

Btw, burger Kapten MAR, tak habis tau. Miza pulak, kan bukan jenis makan malam. So, kami mintak tapau. Diorang bagi dalam bekas tanpa caj. Alhamdulillah. Terima kasih. 



Semoga Mient's Burger terus maju jaya dan success dengan perniagaan mereka. :)



Nie details location, "Jalan-Jalan Cari Makan Port Dickson"

Mient's Burger
258, Kilometer 1,
Jalan Pantai,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Buka setiap hari dari jam 3.30 petang hingga 1 pagi.






No comments:

Post a comment