Friday, 7 February 2014

OPEN UR MIND !!


Yes, open your mind!
Begitulah satu teguran menggoncangkan minda saya.
Ya, jujurnya saya bukan seorang yang terbuka mindanya suatu ketika dahulu. Agak terkatup ibarat katak bawah tempurung kata orang. Namun, teguran tetap adalah teguran, sama ada kita mahu ambil untuk diri kita berubah atau tidak. Saya menyedari perkara ini amat penting dalam melahirkan Muslim yang produktif dan lapang hatinya.
Dalam suasana sekarang, pelbagai perkara yang perlu difikirkan secara mendalam. Bukan semata-mata kita buka minda 24 jam. Ada perkara perlu, dan ada perkara yang kita kena fikir betul-betul. Bukan terbuka sahaja. Jika terbuka sahaja, boleh jadi syariat entah ke mana dan adab pun tak tahu ke mana.
Kita harus terbuka menerima kritikan dan pandangan orang sekeliling kita, bukan tertakluk pada satu sumber sahaja. Apa yang pasti, sebagai Muslim, Al-Quran dan Al-Sunnah adalah sumber hakiki dalam kehidupan kita.
Selain itu, sebelum minda kita dibuka dan menerima, perbincangan dua hala adalah jalan terbaik dalam menetukan sesuatu keputusan. Keputusan untuk menerima maklumat yang disampaikan kepada kita. Tidak boleh main terjah sahaja.
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka” ( As-syura: 38 )
Mutakhir ini, semakin banyak isu atau perkara ditimbulkan tanpa perbincangan. Semuanya hanya ingin melihat satu pihak sahaja yang menang dan pihak yang satu lagi kalah. Jika Rasulullah s.a.w boleh berbincang dengan para sahabat r.anhum dengan hati dan minda terbuka, mengapa kita tidak boleh? Adakah kita seorang yang ma’sum seperti Nabi s.a.w?
Bahkan Nabi Muhammad s.a.w yang ma’sum itu juga memilih jalan perbincangan dari perdebatan yang lebih mengeruhkan hubungan silaturrahim sesama Muslim. Biar kita berbeza pandangan, namun jangan kita runtuhkan persaudaraan! Setiap daripada kita ada hak untuk setuju atau tidak setuju dengan sesuatu perkara. Jangan kita nafikan hak itu.
Akhirnya, biarlah kita ditohmah, dikata begitu dan begini, dituduh tidak tentu hala, namun dalam minda kita, kita melihat dan mengkaji sedalam-dalamnya apa yang dikatakan kepada kita. Kadang-kadang ada kekurangan yang terpalit ke atas kita, dan menjadi kemestian untuk kita perbaiki kelemahan itu agar ia tidak berulang lagi. Kebaikan yang ada dalam diri kita, diteruskan dan jadikan ia budaya yang baik sabagai contoh untuk masyarakat sekeliling kita. InshaAllah.
Credit teks : http://akhmohd777.wordpress.com/2011/09/24/awak-buka-minda/

No comments:

Post a Comment