Saturday 7 October 2017

KAPTEN M.A.R TEWAS - GENAP 2 TAHUN 1 BULAN

Assalamualaikum. Happy Saturday. :)

Actually, Miza ingat nak berblogging hari Khamis lepas. Tapi, disebabkan anak Miza, Kapten M.A.R muntah-muntah dari Maghrib sampai ke pagi. Terus, Miza batalkan hajat untuk berblogging. 

Bukan apa, nak share dengan kawan-kawan bila Kapten M.A.R tiba-tiba muntah pulak. Silap makankah? Maybe kan. Miza pun tak sure. Adakah disebabkan roti @ kuih raya. Sebabnya, ada satu kuih raya tue..bila Miza makan pun, macam berangin jer perut. Emmm..????

Bacaan suhu pagi Jumaat (6/10/2017)
Malam Khamis, dah bagi sesudu Madu.
Hari Jumaat, 2 sudu madu.
         

Malam, sekali lagi bagi minum Min Kaffe.
Selepas tue, bancuh Milo + madu.
Bangun pagi, terus jamu Min Kaffe.
Min Kaffe ada campuran garam buluh.
So, bagus untuk perut. Jom buang asid-asid tue.
       

Muka dah sihat di pagi Jumaat.
Alhamdulillah..
Menangis nak ajak keluar.
Rupa-rupanya, mengantuk daaa..
Nak tidur dalam kereta ler tue..huu
 

Sepanjang ibu berjaga di hari Jumaat, ...nampak tidur nyenyak. Ibu terus sentiasa doakan Kapten M.A.R cepat sembuh. Kita yang orang besar, kalau muntah pun letih kan. Apatah lagi, anak kita yang kecil. Iye tak?










 





23 comments: