EARPHONE..??? alaa..alat yg letak kat telinga tue..cer tengok picture kat atas tue..nie salah satu contohnye laa..alat yg digunakan pd masa kini...(cute kan model nye..like achik nye..hihii..)
Okey..fakta yg sy baru baca sebentar tadi...kajian terbaru di dlm jurnal Environmental Science and Technology mendapati bahawa sekitar 90% dari 4,500 penduduk kota New York berada pada tahap risiko gangguan pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising drpd earphone yg dipsg pada pemain MP3 atau smartphone...
Penyelidik, Richard Neitzel, seorang pembantu Profesor of Risk di Universiti Michigan mendapati bahawa risiko gangguan pendengaran menyerang orang yang hidup tinggal di kota...
Neitzel menambah, risiko buruk dari penggunaan earphone yg terlalu kerap boleh menyebabkan risiko gangguan pada pendengaran. Seperti berkurangnya kemampuan mendengar sehingga terasa sakit di bahagian telinga.
Hal tersebut menjadi lebih kompleks sekiranya earphone/peranti seumpamanya digunakan dalam waktu yg kerap dengan kadar volume yg kuat. Sebaiknya, jika anda sendiri merupakan penggemar muzik, kurangkan pemakaian earphone dlm pelbagai kegiatan yg anda lakukan.
Ini kerana, kebiasaannya ramai yang sering menggunakan earphone sambil membaca, melakukan kerja-kerja rumah, menaiki kemudahan awam atau sebelum tidur dan berkemungkinan sehingga tertidur.
Pengurangan penggunaannya dapat membantu menjamin kesihatan pendengaran yg baik. Sayangilah telinga anda dan jadilah pengguna teknologi elektronik yg bijak....
***Sumber daripada Mingguan Wanita***
No comments:
Post a Comment