Thursday, 22 March 2012

Matlamat & Impian


Matlamat memberi motivasi dan motivasi memberi tenaga kepada kita semua untuk :

  • Melakukan apa yang mesti kita lakukan
  • Melakukannya ketika ianya patut dilakukan
  • Melakukannya sama ada kita suka atau pun tidak

Tanpa matlamat yang jelas..tiada apa yang jelas akan berlaku..


Yakin dan percayalah bahawa kita sebenarnya boleh mencapai lebih daripada apa yang kita boleh lakukan. Dengan menambahkan sedikit usaha lebih daripada kebiasaan kita akan mencapai hasil yang lebih dari kebiasaan.


Amat penting adalah mulakan usaha-usaha itu sekarang.

Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal bukanlah kerana yang berjaya meletakkan matlamat yang lebih tinggi berbanding dengan yang gagal. Semua orang ingin berjaya.


Mereka yang berjaya sebenarnya bersungguh-sungguh lebih lama berbanding dengan yang gagal. Mereka berjaya sebab mereka bersungguh-sungguh berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu.


2 comments: