assalamualaikum & morning
harini saya terpanggil nak buat entry ni, sebab dalam sebulan ni ramai sangat private message saya tanya experience macamana saya boleh buat business and dalam masa yang sama ada kerja hakiki. So, instead of saya nak reply kat sorang-sorang memang rasa-rasanya tak terlayan kot (eh statement kalah retis..hehe) , makanya saya just share kat sini je la eh..pengalaman saya ni hanya sekadar perkongsian sahaja tidak lebih dari itu.
Ok, saya started this business memang takde perancangan apa-apa..gamble!! masa tu just fikir aku kena buat business! aku kena cari side income! sebab nya saya memang ada kekangan kewangan. Memang sebelum saya start this business pernah saya buat business online..jual tudung, barang kosmetik..tapi, tak menjadi.. :(
KETENTUAN & REZEKI yang Allah nak bagi pada saya & keluarga bila hati ni tergerak nak email Nurul AIn Zulkarnaind dan tanya about this business.. maka bermulalah episode BARU dalam hidup saya bila dah start join dalam business ni..
first step saya into this business perasaan TAKUT memang ada, tapi satu perasaan yang saya tak ada is RAGU-RAGU. Saya YAKIN boleh buat business tapi saya takut boleh ke aku BERJAYA. Masa tu saya just put 100% TRUST to my mentor iaitu bakal DDM Nurul Ain a.k.a Yong. Segala apa yang ain suruh saya just follow tanpa banyak soal, sebab apa yang saya yakin dengan business ni ianya business mentoring. Ada MENTOR yang akan guide every steps kita in this business dan ada orang yang akan ada bersama dengan kita masa susah & senang. So just BUAT je ikut apa yang disuruh, sebab saya tau if 'Nak Berjaya Kena Ikut Orang Yang Dah Buat Dan Berjaya', dan apa yang saya pegang masa tu ialah if aku USAHA confirm aku akan dapat HASIL.
Saya buat business ni bukan terus-terus dapat income 5 figures setiap bulan tapi Alhamdulillah income saya dapat lebih kurang income saya kerja hakiki & dapat terus consisten. Dan untuk dapat semua ni memang perlukan pengorbanan tanpa berkira. Tak kira dari segi MASA & TENAGA. Tapi dari pengalaman saya sendiri its all worth it!
Antara elemen penting lain yang saya dapat dari business ni ialah ISTIQAMAH, buat je berterusan dan jangan cepat PUTUS ASA. Sentiasa bersangka baik dengan rezeki yang Allah bagi, percaya yang setiap dari kita pasti ada rezeki yang Allah dah tetapkan. Bukan nak jadi Ustazah plak, tapi saya memang percaya Rezeki, Ajal, Maut, Jodoh semua di tangan Allah. Ada orang memang lahir-lahir dah senang, dapat suami kaya, anak orang kaya. Tapi macam saya sendiri memang dari keluarga sederhana cuma apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah IMPIAN.
Impian saya besar tapi kemampuan saya kurang sebab tu saya kena usaha lebih. Apa yang membuat saya keep moving ialah saya letak impian saya kat depan, tolak segala ALASAN & MASALAH ke tepi. Pedulik apa orang nak cakap tapi fikir hubungan kita dengan Allah. Saya selalu je dapat ayat camni dari orang "Ko tak penat eh Mieza, siang kerja, malam buat business, pastu weekend ni business lagi" DULU memang terasa sedih bila orang cakap camtu, rasa macam LOSER tapi sebenarnya lagi kita kuat usaha lagi tu Allah nak bagi lebih. Sebab afterall apa yang kita buat untuk family kita juga ;-) . Mak antara penguat semangat saya, nak beri yang terbaik untuk mak & abah & IMPIAN saya sekarang ni nak pimpin tangan mak & abah untuk buat umrah bersama-sama. Tips dari saya juga kena sentiasa minta mak doakan semoga perjalanan business or kerja kita dipermudahkan. Sebab doa seorang ibu sangat-sangat mustajab.
Saya rasa dah banyak saya share antara tips-tips saya buat business ni. Sekadar perkongsian bukan nak tunjuk pandai sebab sampai di tahap sekarang saya still lagi belajar. Belajar dari orang yang dah berjaya dan tunjuk bukti iaitu my mentor DDM Ain. Dan sentiasa cuba untuk jadi yang lebih baik dari semalam.
Saya sentiasa bersyukur ditemukan jodoh dengan leader & business yang saya buat sekarang dan sentiasa berdoa semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki untuk saya majukan lagi business bersama-sama dengan business partners saya semua..aminnnnnn and GOOD LUCK to all of you yang dah ada business tak kira lah SIDE INCOME or MAIN INCOME. Sebab 9/10 rezeki adalah dari PERNIAGAAN..
'when we help others cross the road, the Almighty creates people to help us cross the road one day, or saves us from that need completely'
Mat salih kata;
ReplyDeleteIf you want the rainbow, you must first learn to put up with the rain.
@lina md.munir... betul tue agree with u.. :)
Delete