Thursday 3 January 2013

Review Ombak Rindu


Salam u olss..tanggal 1/1/2013 saya review balik filem Ombak Rindu yang dibintangi oleh my favourite actor,Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani & ramai lagi.. Thanks 131 paparkan filem yang best sangat.. :)


Jom saya review dengan u olss tentang movie nie..

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian kedua-dua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Selamat menonton ya u ollss.. :)


2 comments:

  1. hehe ena lebih suka baca novel dia dari tengok cerita dia.. seksi.. huuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ainaa saya tak suka baca novel..sebab tue saya suka tengok filem dia.. peace.. :)romantik lahh

      Delete