Friday, 20 December 2013

MAKSUD GARAM BULUH

Garam buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin and Pulau Yinping (Pantai Barat Korea). Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas dan dibakar dengan pokok pine sehingga ia mendari serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat yang ada di dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin & minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elelem surih) yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.

Zat galian yang diperlukan oleh badan kita tidak boleh diproses dalam badan. Kita hanya boleh dapat zat galian yang diperlukan oleh badan melalui makanan atau minuman. Ianya adalah elemen yang penting dalam pertumbuhan tulang, otot-otot, organ-organ dan darah.

No comments:

Post a Comment