Hi readers, Jumaat lepas kita telah mendapat berita bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar OPR..U ollss setuju? Tapi, sama ada kita setuju atau tidak..Kita terpaksa laluinya sebab kita takde hak kuasa untuk menghalang..
Ya, ekonomi kita sekarang dalam masalah. Tapi, adakah kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti? Atau kita bertindak untuk mencari sumber income lain. Bak kata pepatah "Jangan Harap Bulan Jatuh Ke Riba".
Bila kenaikkan semua nie akan berakhir? Pada pendapat saya, isu ini tiada penghujungnya malah kita yang perlu cari income lebih. Cuba kita lihat sekarang, majoriti ramai ambil peluang untuk berbusiness even artis popular sendiri seperti Siti Nurhaliza, Mawi & Ekin. Azam 2014 mereka adalah akan fokus pada "business". Menarik kan?
Alhamdulillah, walaupun saya bukan artis popular seperti mereka tetapi saya anak muda yang mempunyai impian tinggi. Saya dibesarkan dalam family yang sederhana & cukup makan pakai, Alhamdulillah...Tapi, tak salah jika saya nak beri sedikit kesenangan untuk anak saya pada masa hadapan. Pada saya, saya nak anak saya lebih selesa daripada ibunya sebelum nie yang kadang-kadang terpaksa ikat perut ketika belajar kerana tidak mahu susahkan mak abah yang telah banyak habiskan wang untuk perbelanjaan belajar.
Akhir dari saya...Semakin lama, semakin tinggi kos hidup kita, do something !!! Jangan sentiasa harapkan bantuan kalau diri sendiri tak melakukan apa-apa..
No comments:
Post a Comment