Saturday, 1 February 2014

5 CARA DIET YANG SALAH

Seperti semua yang tahu, untuk dapat bentuk tubuh idaman diet adalah jalan penyelesaian. Tapi, pastikan uollss tidak melakukan dengan cara salah. Bimbang tubuh anda akan menerima akibatnya. Jom kita tengok cara diet yang salah :



          
          1. Sekat Bekalan Nutrisi
·  Berkemungkinan besar individu yang mengamalkan diet kerana ingin kelihatan cantik dan menarik menyimpang daripada cara yang sepatutnya. Boleh jadi diet yang diamalkan membuatkan tubuh kehilangan nutrisi yang diperlukan. Seterusnya, mereka mudah merasa lemah dan diserang penyakit.

2. Abaikan Pengambilan Lemak
·  Meski diet tapi jangan terus mengelak lemak kerana tubuh memerlukannya. Bagi menyerap nutrisi dalam badan, lemak sangat diperlukan malah ia juga yang membuatkan tubuh anda terasa hangat & selesa.

3.Hadkan Makanan Yang Biasa Diambil
· Setiap makanan bukan hanya mengenyangkan bahkan ia juga mempengaruhi mood sehari-hari. Oleh kerana itu, apabila anda mengehadkan pengambilan makanan yang biasa diambil sebenarnya anda telah mengurangkan zat yang mampu membuatkan hati berasa gembira. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya mood anda sering sahaja berubah-ubah.

4. Kurus Mendadak
· Benar, diet mampu mengurangkan berat badan tetapi sekiranya cara yang dipraktikkan salah maka penurunannya boleh berlaku secara drastic. Begitu juga apabila diet tersebut dihentikan serta merta. Berat badan yang sebelum itu sudah kurus boleh naik mendadak.

5. Elak Ambil Makanan Untuk Otak
· Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh memberi kesan langsung kepada otak dan tubuh. Apabila ia disekat atau dihadkan secara serta merta maka berlakulah masalah kekurangan nutrisi yang amat diperlukan. Tidak mustahil lama-kelamaan mental anda terganggu.

Oleh itu, jangan sekali-kali mengamalkan diet yang salah kerana akan memudaratkan kesihatan. Jalan terbaik adalah dapatkan bantuan daripada pakar pemakanan.


LOVE YOUR HEALTHY

No comments:

Post a Comment