Saturday 3 February 2018

TIKET ETS KE UTARA HABIS

Assalamualaikum. Hai semua.

Bulan Februari nie, mesti ramai tertunggu-tunggu bila Hari Raya Cina kan. Almaklumlah, lama tue cuti. 16 hb hingga 18 Februari. Betul? Tapi, mesti ada sesetengah syarikat ambil cuti ganti 20hb tue kan.

So, adik Miza yang duduk dekat Port Dickson nie pun nak lah balik kampung. Cuti lama katanya. Miza pun tolong lah survey kan tiket ETS di Seremban. Memang betul-betul SOLD OUT KE UTARA DARI 13hb hingga 18hb Februari. Ini semua penangan cuti seminggu.

Agak-agaknya, berapa lama diorang dah booked untuk tiket tue ya? Miza nie, memula check thru online jugak. Tapi, jenis tak puas hati, pergi jugak ke kaunter. Memang betul, SOLD OUT daa. Hehe. 

Tak pe lah. Dapat jugak bawak Kapten MAR jalan-jalan tengok Keretapi Tanah Melayu Seremban. Tapi, setahun lepas, dah bawak Kapten MAR naik keretapi. Sampai tertidurlah bila sampai KL Sentral. 

Pengalaman manis kan. Bulan 6 tahun 2017 tak silap. Kapten MAR baru 1tahun 9 bulan. 

Ok lah. Untuk yang nak balik ke kampung halaman tue, hati-hati ya. Drive safe yang memandu. Yang naik public transport, pastikan tiket ada dan tarikh dan waktu adalah sama dengan waktu yang korang nak balik tue. Double check okey.

Selamat bercuti. 😃


1 comment: