Monday, 22 October 2012

7 Sebab Gagal Turunkan Berat Badan


Ramai yang mengeluh cz dah macam-macam buat untuk kurus tapi takde kesan pe pun. 

Last-last dah feed up, ape kes sis! Lemak kat badan dah berapa lama kumpul? takkan budget dalam seminggu.....sebulan.... turun 10kg. Yang senang turun tu sebab tengok jenis lemak jugak. Jangan nak bandingkan diri dengan orang lain yang penting jangan cepat give up. Apa-apa pun yang kita buat tapi kalau cepat mengalah takkan ke mana-mana. Sebab tu sekarang jangan ada istilah angan-angan mat Jenin versi dulu, sekarang nak menuju wawasan 2020. Melalut plak bila nak menaip ni. Hehehe....ok antara sebab u olls gagal turunkan berat badan cuba kaji balik, jangan nak salahkan sesiapa ok!


1. Makan di waktu makan
Ramai beranggapan dengan mengelakkan waktu makan, ia mampu mengurangkan berat badan. Hakikatnya, u olls perlu mengisi perut pada setiap waktu makan dengan memilih menu sihat dan seimbang.

Sarapan pagi membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari kerana tanpanya badan dan otak kurang bermaya. Begitu juga makan malam. U olls cuma perlu makan lebih awal iaitu lebih kurang pukul 7 malam!



2. Tidak bersenam.
Mahu atau tidak, u olls mesti bersenam dan tidak cukup sekadar menjaga pemakanan kerana senaman meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ini akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh dan menurunkan berat badan.



3. Tidak mengambil Kalori
Badan perlukan kalori, jadi u olls mesti ambil kalori dalam jumlah yang sesuai. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian:
Lelaki: 2,500 kalori setiap hari
Wanita: 2,000 kalori setiap hari

Jika pengambilan kalori terlalu rendah, kadar metabolisme tubuh akan turun secara mendadak sehingga boleh menyebabkan anemia.


4. Hanya ambil buah dan sayur
Mengambil HANYA buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan tubuh tidak cukup nutrisi seperti mineral, karbohidrat dan lemak. Tubuh u olls perlukan semua zat itu pada kadar berpatutan.


5. Salad dan mayonis
Makan salad dengan mayonis memang sedap. Tetapi, u olls perlu ingat kalorinya yang tinggi menyebabkan berat badan tidak turun!


6. Enggan minum susu
Tentu tidak ramai suka susu rendah lemak kerana rasanya tidak sedap. Tetapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan menurunkan lemak badan.


7. Berat badan turun mendadak
Sepatutnya u olls perlu risau jika berat badan turun mendadak kerana pasti ada yang tidak kena. Dalam seminggu, penurunan berat badan ideal dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg.

Jika lebih daripada julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi kerana hati dan ginjal dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa di dalam darah.
  
Sebab-sebab kat atas ni la ramai yang mencari Premium Beautiful, alhamdulillah semua my client amat menyukai kesannya. Actually PB ni 70% untuk kesihatan & 30% untuk kecantikan. That why semua mencari produk ni. Diorang tak larat nak amalkan aper yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment