Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Saturday, 7 November 2020

KUAH SINGGANG KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua. 😍

Mai tengah hari nie, mula laaa dok memikir makan sedap-sedap belaka jer kan. Walaupun kekenyangan, nafsu makan tue dok terbayang-bayang hat sedap. Hehe..

So, hari nie, Miza nak kongsi makanan memang sedap kat Kuala Terengganu masa Miza pergi Terengganu bulan lepas. Kedai nie Miza tak google pun. Miza jumpa masa odw nak balik Negeri Sembilan. So, jumpa kedai mana, terjah ajer..

Maaf ler. Gambar makanan Miza tak ambil. Yang penting, semua menu berasaskan kuah singgang. Memang mati akal nak memilih sebab banyak menu. Selain tue, ado jugak ulaman dengan buahan. Ngamm laa dengan tekak melayu nie. Hehe..



Nie haa. Gambar Miza hirup kuah terakhir. Serius weyhhh...sedap sangat-sangat. Walaupun Miza nie seorang yang tak pandai nak comment bab makanan dan bukan jenis memilih, hat nie, memang sangat-sangat Miza suka. Husband Miza pun puji benda yang sama.

Rasa kuah singgang nie lain. Lain sungguh. Tak pernah lagi Miza rasa kat mana-mana. Secukup rasa. Memang nyesal kalo Miza tinggal kuah tue. Mujur ada meja kosong yang lain. Boleh laa hirup sampai ke titisan terakhir. Biar orang bersilih ganti, Miza tetap dengan kuah singgang kat situ. Hehe..



Husband Miza thumbs up sambal belacan dia. Phewww...Sedap sehh 👍👍👍


Parking depan kedai nie agak limited. Dan since ada SOP nie, diorang jugak kurangkan penggunaan meja. But, Alhamdulillah. Bila orang bersilih ganti, mudah untuk parking dan dapat tempat duduk.

Pekerja pulak, mesra belaka. Harga..? Sangat murah dan berbaloi dengan yang kami makan. Kalo kanak-kanak tak makan Kuah Singgang, jangan risau. Ayam Goreng pun ado. Itu ler lauk untuk Kapten MAR. Hehe..






Yang mana nak JJCM di Kuala Terengganu, jemput singgah di,

84, Jalan Tok Ku,
Kampung Tok Ku,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu

Buka setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang
Tutup setiap hari Sabtu






 

Sunday, 5 January 2020

CHICKEN CHOP RM 6

Weekend nie lebih indah kalo pergi JJCM dengan family kan. Haaa...entry kali nie, Miza war-warkan kedai Western yang menjadi pilihan Miza sekeluarga. Actually, tempat nie Miza pernah gather dengan Ex-Polimas. Tahun 2017 tak silap. Waktu tue, Miza masih baru di Port Dickson. So, nak ke Seremban pun terasa jauh. Hehe....

Now, di tahun 2020, Seremban lah tempat selalu Miza jumpa client Premium Beautiful, Min Kaffe, Shake Me Cocoa, BV Alfalfa, Garlic Tablet. Ehhh...banyak lagi diorang contact Miza untuk dapatkan hot product for healthy. Alhamdulilllah...



Okey. Kedai nie, area Seremban 2. Dekatt jer dengan Mc Donalds Seremban 2. Sambil makan, boleh menikmati keindahan malam Seremban. Tenang jerrr. Tak ler sesesak Key Ell. Hehe..




Kalo nak waze, boleh jer search nie :

KING GRILL STEAK HOUSE

No. 158-G, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.

Buka setiap hari : 3.00 petang - 12.00 malam





Antara menu yang ada di KING GRILL STEAK HOUSE. Kali nie, Miza dan husband cuba Yee Mee Sizzling dan Golden Mushroom Chicken Chop. Haaa..nie berita terbaik Miza nak kongsi dengan korang. Sekarang, harga Chicken Chop hanya RM6 sahaja. Macam suami Miza order Golden Mushroom Chicken Chop, hanya RM 6.50. Harga asal, RM 9.90 kan. Dah jimat RM 3.40. :)

Miza pun tak sure promosi nie sampai bila. So, kalo cuti Tahun Baru Cina nie korang ada ke Seremban, jemputlah singgah KING GRILL STEAK HOUSE. Memang korang akan keluar kedai dengan penuh senyuman. Selera kena dengan tekak. :)




Dok teringin lama dah nak order sizzling. So, kali nie, Miza cuba Yee Mee Sizzling. Pada Miza, banyak okey. Kongsi makan dengan suami jerr sebab waktu nie, anak dah tido. Kalo tak, selalu kongsi dengan dia jerr. 


Serius sedap. Thumbs up..




Tadaaaa..nie laa Golden Mushroom Chicken Chop. Hanya RM 6.50. Kalo Chicken Chop biasa, RM 6 jerr. Makan sampai jilat sudu ler. Jarang Miza tengok husband Miza makan licin pinggan. Clean and clear. Kira sedap ler tue kan. 




Menu air menjadi pilihan kami berdua, Sirap Bandung Laici dan Teh O Ais.

Lebih 5 kali Miza datang makan kat sini. Alhamdulillah. Sangat berpuas hati dengan service yang cepat dan mesra pelanggan. Makanan pun kena dengan tekak. Miza sangat recommend untuk pencinta western. 

Hidangan dan harga amat berbaloi. Terbaik.

Friday, 5 October 2018

SEPTEMBER BABY | THANKS BESTIES


28 SEPTEMBER 2018. Genap lah Miza di usia 30 tahun. Owhhhh tidakkkk. Nie semua angka jerr. Heee...


Btw, Miza tak sangka pun yang mentor Miza, Ain Zulkarnaind nak belanja Birthday Girl makan. Almaklumlah, waktu jumpa mentor, dah 30 September 2018. Niat Miza nak jumpa mentor Miza pun sebab nak discuss our plan project for October 2018.


As usual, bila dah masuk kedai makan, cariiiii makanan palinggg sedap. Hat nie rasanya okey. Sebab apa? Kiri kanan depan belakang semua pakat order menu yang sama. 




Apakah?














Sambil discuss macam mana nak expand our business, sambil sembang tentang family, yang mana memasing ada seorang anak. Keletah berbeza, masalah berbeza. Sambil jugak makan makanan sedap. 

Errrr...memula jerr laju. Bila dah separuh jalan, memasing stop kekenyangan. Semua akibat penangan Premium Beautiful lah nie. Hehe...



Thank You so much, my besties, Ain Zulkarnaind for birthday treats. :)


Syukur Alhamdulillah. September ditutup dengan penuh cemerlang. Business Miza pun dah semakin berkembang di Utara. Tak sabar nak gegar Utara Oktober 2018 nie. 

I am your business coach. I am Premium Beautiful Expert too. Wanna be my next protege with low modal? Let's do whatsapp Miza, 011-37897488.




Wednesday, 29 August 2018

NANDA CHICKEN SEREMBAN




Hati-hati ye korang yang baca entri hari nie. Yang mana rasa tak tahan godaan, cepat-cepat scroll. Yang mana dah rasa dekat anak tekak tue, cepat-cepat pergi serbu Nanda Chicken Seremban. Memang Miza bagi 5 star. Cheese dia perghhh...memang tip top habehh. Thumbs up.


Kapten MAR pun syok tarik cheese dia. Padu beb.



Nak jugak cuba skill tarik cheese, gulung-gulung, terus makan panas-panas. Perghh..cair dalam mulut.


Nampak tak skill Miza tarik cheese tue? Korang boleh jer cuba lepas waitress serve korang. Almaklumlah, waitress serve korang untuk first time ajer. Untuk korang makan berkali-kali tue, sila lah buat sendiri. Hehe...

Enjoy sungguh Kapten MAR. :)


Btw, korang yang mana nak order Nanda Chicken nie, Miza advise beli spicy. Sebab apa? Sebab yang original, tak kena dengan tekak melayu. Hee..

Tapi..jangan risau, yang spicy pun, takde lah pedas sangat. Xoxo jer. Kapten MAR pun makan berkali-kali. So, yang mana teringin makanan Korea, Miza suggest tempat nie.


Enjoy ya. :)