Showing posts with label seremban 2. Show all posts
Showing posts with label seremban 2. Show all posts

Sunday, 5 January 2020

CHICKEN CHOP RM 6

Weekend nie lebih indah kalo pergi JJCM dengan family kan. Haaa...entry kali nie, Miza war-warkan kedai Western yang menjadi pilihan Miza sekeluarga. Actually, tempat nie Miza pernah gather dengan Ex-Polimas. Tahun 2017 tak silap. Waktu tue, Miza masih baru di Port Dickson. So, nak ke Seremban pun terasa jauh. Hehe....

Now, di tahun 2020, Seremban lah tempat selalu Miza jumpa client Premium Beautiful, Min Kaffe, Shake Me Cocoa, BV Alfalfa, Garlic Tablet. Ehhh...banyak lagi diorang contact Miza untuk dapatkan hot product for healthy. Alhamdulilllah...



Okey. Kedai nie, area Seremban 2. Dekatt jer dengan Mc Donalds Seremban 2. Sambil makan, boleh menikmati keindahan malam Seremban. Tenang jerrr. Tak ler sesesak Key Ell. Hehe..




Kalo nak waze, boleh jer search nie :

KING GRILL STEAK HOUSE

No. 158-G, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.

Buka setiap hari : 3.00 petang - 12.00 malam





Antara menu yang ada di KING GRILL STEAK HOUSE. Kali nie, Miza dan husband cuba Yee Mee Sizzling dan Golden Mushroom Chicken Chop. Haaa..nie berita terbaik Miza nak kongsi dengan korang. Sekarang, harga Chicken Chop hanya RM6 sahaja. Macam suami Miza order Golden Mushroom Chicken Chop, hanya RM 6.50. Harga asal, RM 9.90 kan. Dah jimat RM 3.40. :)

Miza pun tak sure promosi nie sampai bila. So, kalo cuti Tahun Baru Cina nie korang ada ke Seremban, jemputlah singgah KING GRILL STEAK HOUSE. Memang korang akan keluar kedai dengan penuh senyuman. Selera kena dengan tekak. :)




Dok teringin lama dah nak order sizzling. So, kali nie, Miza cuba Yee Mee Sizzling. Pada Miza, banyak okey. Kongsi makan dengan suami jerr sebab waktu nie, anak dah tido. Kalo tak, selalu kongsi dengan dia jerr. 


Serius sedap. Thumbs up..




Tadaaaa..nie laa Golden Mushroom Chicken Chop. Hanya RM 6.50. Kalo Chicken Chop biasa, RM 6 jerr. Makan sampai jilat sudu ler. Jarang Miza tengok husband Miza makan licin pinggan. Clean and clear. Kira sedap ler tue kan. 




Menu air menjadi pilihan kami berdua, Sirap Bandung Laici dan Teh O Ais.

Lebih 5 kali Miza datang makan kat sini. Alhamdulillah. Sangat berpuas hati dengan service yang cepat dan mesra pelanggan. Makanan pun kena dengan tekak. Miza sangat recommend untuk pencinta western. 

Hidangan dan harga amat berbaloi. Terbaik.

Wednesday, 29 August 2018

NANDA CHICKEN SEREMBAN




Hati-hati ye korang yang baca entri hari nie. Yang mana rasa tak tahan godaan, cepat-cepat scroll. Yang mana dah rasa dekat anak tekak tue, cepat-cepat pergi serbu Nanda Chicken Seremban. Memang Miza bagi 5 star. Cheese dia perghhh...memang tip top habehh. Thumbs up.


Kapten MAR pun syok tarik cheese dia. Padu beb.



Nak jugak cuba skill tarik cheese, gulung-gulung, terus makan panas-panas. Perghh..cair dalam mulut.


Nampak tak skill Miza tarik cheese tue? Korang boleh jer cuba lepas waitress serve korang. Almaklumlah, waitress serve korang untuk first time ajer. Untuk korang makan berkali-kali tue, sila lah buat sendiri. Hehe...

Enjoy sungguh Kapten MAR. :)


Btw, korang yang mana nak order Nanda Chicken nie, Miza advise beli spicy. Sebab apa? Sebab yang original, tak kena dengan tekak melayu. Hee..

Tapi..jangan risau, yang spicy pun, takde lah pedas sangat. Xoxo jer. Kapten MAR pun makan berkali-kali. So, yang mana teringin makanan Korea, Miza suggest tempat nie.


Enjoy ya. :)