Wednesday 7 October 2020

CARROT DATES CAKE - KEK MUDAH

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Sejuk jer hari nie. Sambil nak share resepi kek mudah, sambil teguk air Min Kaffe. Nikmatnya rasa. Alhamdulillah. :)

Semalam, Miza baru jer buat Carrot Dates Cake nie. Terasa tangan tue nak penuh tepung, adoo laa idea nak membuatnya. Hehe..

Alhamdulillah. Cake nie dapat pujian suami. Masam manis. Katanya, macam kek beli tue. Siap tanya, keluar beli kat mana tadi..? Haha...

Macam sebelum nie, Miza buat Carrot Cake. Resepi tetap sama. Cuma, kurma jer takde untuk kek sebelum nie. Topping pun lain. Nie, Miza letak Fruit Mix. Warna warni gitu plus rasa pun makin mengancam. Auchhh...


Haaa...Nie gambar sebelum dibakar. Dengan lafaz Bismillah. Almaklumlah, Miza bukan bakers. Syok syok buat jer bila tekak rasa nak dessert. Haha..

Haa..tanpa panjang cerita, resepi kat bawah kay...


BAHAN-BAHAN :

1 cawan lobak merah (dipotong kecil)
1 cawan kurma (dipotong kecil)

1/2 cawan lobak merah (dihiris nipis)
1/2 cawan kurma (dihiris nipis)

1 cawan minyak jagung Daisy
1 cawan gula perang
3 biji telur

2 cawan tepung gandum (diayak)
1sdt baking powder (diayak)

1 cawan chocolate chip 
1/4 cawan fruit mix


CARA-CARA :
1. Panaskan oven dulu pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit. (Bergantung pada oven memasing).

2. Lobak merah dan kurma yang dipotong kecil tadi dikisar bersama minyak jagung Daisy, gula perang dan telur. Kisar sehingga adunan menjadi halus. Kemudian, masukkan ke dalam bekas besar.

3. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Lobak merah dan kurma yang dihiris nipis tadi dimasukkan ke dalam adunan secara selang seli bersama chocolate chip ke dalam adunan. Gaul sebati.

5. Boleh sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega dan taburkan sedikit tepung gandum.

6. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum bakar, hias permukaan dengan Fruit Mix dan Chocolate Chip..

7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. 

8. Siap. Boleh dihidangkan dengan Min Kaffe. :)

Carrot Dates Cake nak dibakar. Tak sabar nak tengok hasil. :)



Alhamdulillah. Hasil Carrot Dates Cake yang baru pertama kali Miza buat. :)

Miza harap, perkongsian resepi kali nie membantu untuk semua yang nak buat kek mudah. Resepi nie sangat senang. 

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera. :)
 

No comments:

Post a Comment